Sunday, August 15, 2010

detik2 praktikal aku XD

Dah 2 bulan aku dekayt KWSP ,praktikal kayt sana..membawa watak yang agak jahat,negatif sebb aku mewakili pekerja2 lain membuat protes kat situ..kadang2 hidup perlu protes untuk menjadikan yang baik itu lebih baik :)
Kenal orang2 yang hebat dekat sana,belajar benda2 baru..so sweet~
Memang aku cuba menjadikan detik hidup aku bermakna and thanks to all yang terlibat.
ini aku kepilkan detik speech aku masa knowledge sharing time pagi2 Isnin...
yang membuat ramai kenal aku kayt situ aas ape aku xthu la...janji feedback dari diorang bagus n aku hargai!



Terima kasih pengerusi majlis ,yang di hormati barisan hadapan yang berada di belakang saya dan barisan belakang yang berada di depan saya.Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pagi ini saya ingin mencemar duli,menyatakan bahawa KWSP SJ bukanlah cawangan terbaik,tanpa kelibat barisan depan dan barisan belakang saya ini yang terdiri daripada abg2 yang kacak bergaya dan kakak2 yang cun melecun.
Di mana letaknya kekuatan organisasi ini??Di huruf Ta ka??Yang menjadi senjata kecermelangan organisasi ini.Bagi saya,ianya terletak kepada keseimbangan jasmani dan rohani,rohani yang saya maksudkan bukanlah rohani tingkat 4 ya,harap maklum, dan konsep kekeluargaan di sini.Sikap kekeluargaan di sini membentuk satu pasukan yang kuat dimana staff2 disini bersama2,membantu satu sama lain ,tidak berkira, bekerja dengan lancar dan mengekalkan tahap produktiviti yang maksimum.
Hakikatnya,kita bergantung antara satu sama lain.Tidak kira apa status kitaMengapa mesti marah,bersikap ,egois sedangkan rendah diri itu lebih mulia.Percayalah bahawa orang rendah diri lebih dihormati berbanding orang yang sombong.Yang penting setiap individu itu sedar akan tanggungjawab dalam posisi masing2.
Pengisian jasmani dan rohani,seperti beriadah,meditasi yang di lakukan di sini mengimbangi fitrah kejadian manusia itu sendiri.Situasi ini memberikan enviroment kerja yang baik dan sekaligus menghindarkan kakitangan daripada berhadapan dengan penyakit stress di tempat kerja di mana penyakit ini bahayanya lebih tidak kurang hebatnya berbanding dengan penyakit kencing tikus yang melanda negara ketika ini.

Tuan dan puan2,
Walaupun terdapat pendapat yang mengatakan kita perlu stress di tempat kerja,malah dalam majalah KWSP sendiri menyatakan bahawa stress itu baik sesetengahnya namun mari kita lihat semula adakah kenyataan ini benar dan memang kita perlu stress untuk menjadi lebih baik??
Stress akan menyebabkan ganguan emosi dan menyebabkan kemurungan, orang yang stress akan menyebabkan orang lain pun menjadi stress+push org lain,berkerja tanpa kerelaan akan menyebabkan orang lain pun stress dan gangguan persekitan berlaku.
Stress menyumbang kepada penyakit kronik,laitu amnesia, tekanan darah tinggi,dan menjurus kepada penyakit jantung.bak kata pepatah ; kita jalan dia jalan,kita berhenti dia jalan,dia berhenti kita selamat jalan.
Stress akan menyebabkan seseorang itu hilang fokus dan yang paling penting ,kreativiti seseorang itu akan terjejas.Dalam melakukan sesuatu pekrjaan, kreativiti merupakan senjata yang paling penting.Masa dan kualiti kerja adalah bergantung kepada kreativiti.

Punca stress adalah kerana dua sebab,takut dan tiada perancangan,kerja banyak bukan faktor untuk kita stress,kerana rasionalnya kita diberikan tugas yang mengikut logik dan yang termampu kita buat.
Jika tidak logik atau diluar kemampuan, adalah di nasihatkan kita berterus terang dan jangan takut untuk memberitahu perkara sebenar.Jadikan ia sebagai satu motivasi,kerja yang sedikit senang dihabiskan,kerja banyak disebabkan majikan semakin percaya kepada kita,jika bertambah lagi sampai xmenang tangan itu membawa maksud kita telah pun dianggap sebagai superman...
Dan jangan sesekali menyimpan perasaan atau nawaitu yang aku buat kerja kerana majikan kita,kerana sikap ini akan membawa stress dan akan membunuh rakan2 yang lain.Sikap ini akan menimbulkan banyak perkara negatif lain.sebaliknya berkerjalah dengan niat kerana Allah taala,bertanggungjawab,dan ikhlas mencari rezeki.Insyallah hidup akan diberkati.



Saya membicarakan hal ini setelah membuat beberapa survey kepada beberapa kakitangan yang mendapati daya motivasi kerja mereka kurang kerana timbulnya hal ini.

Tidak perlu stress kerana ia merupakan satu faktor negatif.Jadi,tenang++ dan mula membuat perancangan insyaalah.
Kesimpulannya,tuan2 dan puan2 sekalian,kamu sudah dihadapan,jadi kekal memecut tanpa menoleh kebelakang nescaya peroleh kejayaan menerus dimasa hadapan.
Pekenalkan diri.

Tajuk:Ucapan sebelum puasa


Saya sudahi ucapan ini dengan kata2 pedas dari tokoh politik dan falsafah yunani pithagoras yang menyusahkan banyak orang dengan teori pithagoras semasa di mereka tingkatan 3.

Wahai insan,jika engkau tidak sanggup menahan lelahnya belajar,engkau harus menanggung pahitnya kebodohan.



aku menghargai detik2 aku kat sana..thanks kawan2...
CopyriCopyright © 2010 FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB
 
Header Image from Bangbouh @ Flickr