Monday, September 27, 2010

A.D.A.M

ADA suatu ketika, Allah menitahkan malaikat Jibrail ke bumi mengambil sebahagian tanahnya mencipta Adam.

Tetapi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi bimbang Adam berbuat maksiat kepada Allah.

Lalu Jibrail kembali menemui Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Kemudian, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi tetap sama dan Allah menitah pula malaikat Israfil, tetapi bumi masih enggan dan masing-masing kembali dengan tangan penuh hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail ke bumi. Kata Allah: " Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.

Meskipun bumi menyumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau undur. Katakan kamu melakukan atas perintah dan atas nama-Ku."

Apabila Izrail ke bumi dan menyampaikan perintah Allah, bumi akhirnya akur tanahnya diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, dia kembali ke hadrat Allah. Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kelak Ku-tugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka Izrail bimbang dibenci manusia. Lalu Allah berfirman: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku Yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar atau sakit."

Tanah bagaimana dijadikan Adam?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah (Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha'if

Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul Muqadis, kerana di situlah berada otak manusia, dan di situlah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks (berahi) dan tipu daya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu dan kemahuan.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap syahadah, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.




Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah menjadikan Adam, tanah itu bercampur air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan pelbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan di dalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah, wangi-wangian dari sifat nur sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan di dalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke tubuh Adam, ia malas dan enggan, malah berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.
Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya ia menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini.

Kerana Adam diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.




Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala dan dua liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya di kepala: dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah: sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainnya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Selepas roh masuk tubuh Adam perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail memasukkan roh ke tubuh Adam. Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini mencabut nyawa manusia.

Selepas meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusun urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih adalah tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam mendengar malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.

Ketika itulah Allah mengajarnya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam yang pertama kepada Allah.

Lalu Allah berkata: "Yarkhamukallah" yang ertinya: "semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan
"Yarkhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya ke bawah masih menjadi tanah keras.

Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa".

Maka, ketika roh itu sampai di perutnya, terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasa lapar.

Kemudian terus roh itu meresap ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, kian lama kian bagus dan halus.

Apabila kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah adalah jenis makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat kagum melihat Adam yang menawan. Adam diarak malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Sesuatu tentang persahabatan

Masa tinggal di Penang,semua dah berubah..Kawan2 suma dah bekerja,ada yang dah kahwin,dan ada couple baru pun ramai,yang break pun bole tahan..semua ada komitmen sendiri.Aku macam aku,juga ada tanggungan dan beri perhatian pada masa depan.Perancangan telah di buat.

Hidup mesti pentingkan diri sendiri….itu la yang aku nampak sekarang,even bunyi macam xberapa baik tapi itu la hakikat yang mesti kita hadapi.Mungkin persahabatan yang erat semuanya berakhir di suatu sempadan yang telah tergaris dalam karma.

Untuk kawan2 banyak juga aku buat benda-benda yang ikhlas,berkorban untuk mereka even aku sendiri pun xtahu diorang appreciate,ingat atau tidak….tapi bagi aku,aku terima kasih keatas semuanya.Tidak simpan dendam dihati…hanya manis kenangan yang tinggal.
Bicara tentang pengorbanan dan kawan..aku ingat 1 cerita,seorang kawan yang xrapat sangat dengan aku tapi aku mmg kalah la dengan apa yang dia sanggup buat untuk insan:- yang bernama seorang “kawan”.

Since aku terbaca post hal aku di blog dia,mmg aku terkejut tapi aku xsalahkan dia sebb btol apa yang dia cakap..aku terover ganggu dia,maybe sebb aku dah xda jalan lain tuk rapat ngan D.Aku minta maaf untuk itu.
Start tue aku dah control sket dah dengan apa yang aku nak buat,tiba aku dapat panggilan dari Lia,nama budak tue call aku ,”Daus kau ader buat ape2 x???doa kau termakbul!’’erk??aku terpinga…Dia berusaha meyakinkan aku,minta tolong dekat bf die,bersungguh2.
Hari tu aku ingat lagi…die spent time kuar dengan adik2,bf tapi sanggup buat plan lain coz nak tolong D yang baru break ngan bf die…bukan senang nak spent time bersama,namun demi D dia buat suma tue…heret adik beradik die skali.ntah apa yang diberi alasan dekayt orang tua die aku pun xthu.
Dari jauh dia bergegas dapatkan D dekat Shah Alam yang sedang kusut dan psiko.

Bukan skali macam tu ,dah berkali,dan berkali2 nasihatkan kawannya namun masih x berubah2….
Di amanahkan kawan tersayngnya untuk aku jaga,kerana tidak malam tue mmg dia xbole keseorangan,takut apa2 tidak baik terjadi.Semuanya diaturkan kerana seorang kawan.Kesungguhan Lia mmg beri kekuatan untuk aku tolong.Panjang juga ceramah yang aku kena sebab even Lia percaya aku tapi dia nak aku jaga,dan jangan buat apa2 xelok dekat rakan beliau.

Start tue banyak kali dan tak terkira Lia call aku Tanya khabar, semasa kawannya dalam jagaan aku,time makan ,pagi sampai petang,even time lepak pun kami berbual fasal how tue nak tolong .Kira sampai hidup Lia sendiri terabai,dengan diri family dan hubungan dengan orang tersayang…bf die.

Mana x,masa kawan Lia kena buang,Lia bawak kawannnya balik rumah tinggal sebilik dengan Lia,jaga makan minum.Masa tue die dah gaduh besar da dengan bf die coz die Nampak terlalu over jaga "kawan" yang belum thu bole baik or tak.
Tiap2 jam call aku n beritahu fasal bimbang dgn kawannya,update dekat aku,dekat ibu peri Lin,sampai phone kena blok,duit minyak pegi sana sini, mmg duit kong terus.
Habis melibatkan family die…..pernah sekali dia xtido sbb takut kawannya lari dari umah.Esok pagi dia pegi jaga restoran dengan keadaan yang mmg serabai giler.
Apa yang dia dapat masa tu??

1. Duit habis beratus-ratus+phone kena blok
2. Bergaduh dengan Bf tersayang(then jadi macam2 plak masa otw pujuk)
3. Tak Tidur(mandi pun x kalau aku xsilap)
4. Budak nie suka berhias but tym tue die dah macam Long Piah aku tengok.(kusut)
5. Menangis dan penuh Penyesalan
6. Mengabaikan study dan hidup dia
7. Yang paling teruk,last2 dia gaduh dengan kawannya(dah tolong setengah mati,selisih plak)
8. Masih menjaga persahabatan even dah jadi camtu.


Memang tue time down n Lia xkan lupa sampai mati aku rasa,but nw evrythink ok…
Semua naya ceria balik cam Astro ceria,mereka pun dah kawan baik..elok2 dah.Dan masih membantu D dalam keadaan terbatas.
Pic nie hanya certain orang jer yang faham,serius aku tersentuh..
Sbb xramai yang faham lalu aku rasa xper kalau letak pix nie pun...kui2...




Ikhlasnya aku kagum dengan budak nie..y???dalam sebab dalam pengorbanan dan persahabatan aku rasa dia nie antara dalam list top 3 aku.Aku letak as guideline aku,dalam persahabatan kita tidak mengharapkan apa2 tetapi selalu cuba untuk memberi…
CopyriCopyright © 2010 FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB
 
Header Image from Bangbouh @ Flickr