Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.
Saya Mohd Firdaus ingin berkongsi sesuatu perihal isu kalimah "Allah" untuk yang beragama Islam dan yang bukan Islam.Perkara yang sensitif seperti ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya merujuk kepada undang-undang.
Penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah "Allah" juga tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan. Undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidaknya sesuatu,soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan. Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja.
Sebenarnya kalimah "Allah" tidak terdapat dalam kitab Taurat atau Talmud Hebrew atau kitab Injil.Kristian dalam bahasa Latin, Greek atau bahasa-bahasa Eropah. Nama bagi Tuhan dalam bahasa yahudi ialah "Yahweh", yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris sebagai "Jehovah".
Dalam kitab Injil, Jesus (Isa) dan God adalah sama.Tidak ada kalimah Allah dalam kitab Injil dalam bahasa-bahasa yang disebut di atas.Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah"supaya mudah difaham oleh pendengar.Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep"Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam. Dalam Islam Allah tidak ada bapak, tidak ada anak. Ia tidak dilahirkan dan Ia tidak melahirkan sesiapa. Allah hanya satu. Ia tidak boleh disekutu dengan sesiapa.Dalam surah al-ikhlas ada menyatakan sifat2 keESAan Allah.
Surah Al-Ikhlas (سورة الإخلاص) adalah surah ke 112 dalam Al Quran, ayat pendek 4-versa deklarasi yang berkesatuan mutlak dari Allah (tauhid), menolak fahaman politheisme dan trinitarianisme. Al-Ikhlas bermaksud "ketulenan" atau "menghalusikan", bermakna untuk tetap suci dan beriman atau dalam keadaan menangkis ketidaksucian.
[sunting]Maksud ayat:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
Sesungguhnya Allah kekal.
Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" kenapa pula sekarang akan mengguna kalimah ini?Kerajaan perlu berhati-hati dalamperkara ini supaya negara berbilang agama yang aman ini tidak menjadi tegang dan tidak stabil secara berterusan.
Seperti mana yang kita ketahui, penggunaan nama Allah sekarang amat menjadi persoalan di kalangan umat Islam terutamanya para ulama. Untuk pengetahuan kita semua, persoalan ini kita patut kaji dari setiap sudut, bukan hanya dari sudut siasah syar’ie (sains politik) sahaja. Kerana, sekiranya diambil kira dari sudut ini, pihak Kristian masih lagi boleh membidas kita sebagai umat Nabi Muhammad.
kita perlulah lihat dari pelbagai aspek iaitu, maqasid (objektif syarak), usulul fiqh, dan tafsir. Namun, kita juga perlulah menilai dari segi falsafah. Salah satu aspek yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam. Sebelum itu, menurut kaedah usulul fiqh, ia mesti dibina berdasarkan kaedah fiqh. Apabila berlaku perhubungan di antara mendapat kebaikan dan keburukan, adalah lebih penting bagi kita untuk mengutamakan lagi menjauhi keburukan.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Luqman ayat 25 yang bermaksud:
Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).
Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 38, yang bermaksud:
Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang mencipta langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah (kepada mereka): “Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?” Katakanlah lagi: “Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri”.
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa orang-orang yang bukan Islam mengaku bahawa wujudnya tuhan yang bernama Allah, mengikut Tauhid Rububiyah. Tetapi hanya sekadar itu, namun kepercayaan mereka tidak menepati hakikat dari makna perkataan Allah mengikut maknanya yang sebenar, iaitu mengESAkan Allah dalam kehidupannya serta ibadatnya.(Tauhid Ululhiyyah)
Dari sudut falsafah, konsep Tuhan itu tauhid adalah lebih dikenali sebagai monotheism.
Monotheism merupakan kepercayaan terhadap Tuhan itu satu, Tuhan itu Esa. Sebenarnya, dari segi falsafah sendiri, terjemahan tentang tauhid kepada monotheism, Tuhan yang satu ini, tidaklah berapa tepat. Kononnya dalam Islam monotheism, maka Kristian dan Yahudi pun monotheism. Semua ini tidak benar sama sekali. Sebenarnya, Kristian sebagai contoh, kenapa kita tidak membenarkan mereka menggunakan nama Allah? Walaupun pihak Kristian di negara-negara luar seperti Indonesia dan sebagainya menggunakan nama Allah?
Menurut falsafah, penggunaan nama Allah ini juga tidak dibenarkan walaupun dalam kebanyakan agama, mereka juga adalah Monotheist (orang yang percaya kepada konsep monotheism). Mereka semua ini karut belaka. Islam sahaja yang sebenar-benarnya memahami dan mempercayai konsep atau doktrin Monotheism Mutlak (absolute uncompromising monotheism) secara hakiki dan langsung tidak mempunyai sebarang campurtangan tuhan-tuhan yang kecil. Hanya Allah Tuhan yang Maha Agung, Maha Esa.
Kenapa Kristian dikatakan sebagai karut apabila mereka mengatakan bahawa mereka juga percaya kepada monotheism? Trinitylah puncanya. Trinity, iaitu konsep percaya kepada tiga tuhan yang terbahagi kepada Father, Son (Jesus @ Logos), dan Holy Spirit (Roh al-Quds). Hal ini menunjukkan bahawa mereka bukannya percaya kepada satu tuhan seperti yang diakui oleh mereka sejak sekian lama. Maka, atas dasar inilah mereka tidak dibolehkan memakai istilah Allah, kerana Allah itu Tauhid yang mutlak (absolute uncompromising monotheism).
Allah hanyalah untuk Islam. Sekiranya pihak Kristian masih lagi ingin menggunakan nama Allah, mereka sememangnya berniat untuk menyeleweng (distort) tentang pengertian hakiki yang ada pada istilah Allah. Tuhan kaum Yahudi, Jehobah atau Yahweh, walaupun mereka mempercayai tuhan itu satu, namun bagi mereka, tuhan mereka itu tidak berkuasa. Tetapi, yang berkuasa adalah syaitan-syaitan laknatullah. Maka dengan sebab itulah mereka mengatakan bahawa syaitanlah yang lebih berkuasa daripada tuhan mereka.
Allah, absolute sovereignty (kedaulatan mutlak), satu-satunya yang menjadi sasaran penyembahan manusia dan alam seluruhnya. Inilah yang sebenar-benarnya monotheism. Maka, jauh bercanggah dengan kepercayaan-kepercayaan lain seperti Trinity itu yang bersifat syirik atau polytheism (kepercayaan kepada ramai tuhan).
Secara ringkasnya, kalimah “Allah” itu sebenarnya umum dan ia merujuk kepada tuhan bagi semua manusia baik Muslim mahupun bukan Muslim serta seluruh hidupan. Namun, sekiranya istilah “Allah” diguna pakai oleh pihak Kristian, umat Islam akan terkeliru dengan tujuan penggunaannya. Sememangnya penggunaan istilah “Allah” mampu memberi kebaikan, iaitu semakin ramai yang peka terhadap ilmu tauhid. Namun, sekiranya kebaikan itu lebih sedikit daripada keburukan yang kita akan dapat, adalah lebih utama bagi kita untuk menjauhi keburukan. Maka, penggunaan kalimah “Allah” sepatutnya tidaklah perlu digunakan oleh pihak Kristian.
Sesunguhnya wahai sahabat2ku sedar bahawa agama Islam dan Kristian adalah berbeza,berbeda dan berdiri di atas entiti yang lain.Pelik acapkali pendebatan selalu menganggap kedua agama ini adalah sama,Kristian kini adalah terpesong ajaran menurut ajaran Islam dan Sirah.
Wallahualam~
0 comments:
Post a Comment